Pengenalan
Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang
dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal
manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa
dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian
seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang
tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira
aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga
mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.
Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika
Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.
Karya catan
Pengkarya: Jaafar Taib
Tajuk : Sang Juara
Media : akrilik
Pengkarya melihat pemandangan
hutan menjadi tarikan untuk dirakam diatas kanvas menggunakan media akrilik.
Catan yang dihasilkan ini merupakan bertemakan realistik. Jaafar Taib melihat
ayam hutan merupakan ikon yang sesuai untuk menyampaikan mesej yang hendak
beliau sampaikan.
Melalui pendekatan secara
diskripsi terhadap karya tersebut ialah dalam karya tersebut terdapat seekor
ayam jantan yang berdiri megah diatas tunggul kayu balak. Karya ini
berlatarbelakangkan suasana hutan yang sudah diteroka , hal ini pokok-pokok
yang keliatan kejauhan disamping tunggul kayu yang telah ditebang. Figura ayam
tersebut merupakan ayam yang berani, hal ini dijelaskan melalui tajuk karya
tersebut iaitu ”Sang Juara”.
Melalui pendekatan analisis
pula, karya tersebut dihasilkan dengan penuh ketelitian. Hal ini adalah kerana
kehalusan garisan yang terdapat pada bahagian bulu ayam tersebut. Jalinan yang
terdapat pada bahagian bulu ayam tersebut telah berjaya menimbulkan pergerakan
pada bahagian bulu figura ayam hutan tersebut. Selain daripada itu, dalam usaha
menjadikan karya tersebut kelihatan lebih nyata. Pengkarya telah menjatuhkan
sinaran cahaya matahari terhadap bulu ayam tersebut. Situasi ini telah berjaya
menjadikan karya tersebut kelihatan seakan-akan nyata. Setiap unsur seni telah
digarapkan dengan sempurna dalam catan
ini.
Melalui pendekatan
interpretasi terhadap karya tersebut iaitu mesej yang ingin disampaikan oleh
pengkarya ialah tentang penerokaan hutan yang telah berlaku secara berleluasa .
Hal ini jelas ditunjukkan pengkarya dengan menggunakan ikonografi ayam hutan
jantan yang diletakkan diatas tunggul pokok balak dikawasan hutan yang telah
diterangkan. Penerokaan hutan yang dapat dilihat pada tunggul pokok, bulu ayam
yang menerima banyak cahaya dan juga pada pokok yang diletakkaan kejauhan dari
ayam utan tersebut.
Kritikan dari segi
pertimbangan pula ialah karya tersebut berjaya menyampaikan mesej terhadap
pemerhati karya tersebut. Tajuk yang diberikan terhadap karya tersebut juga
telah menjelaskan bahawa figura ayam tersebut merupakan jaguh dikawasan
tersebut.
Karya arca
Pengkarya : Bayu Utomo Radjikin
Tajuk: “Bujang Berani”
Tahun : 1991
Media : besi campuran
Berukuran 55x100x100 cm
Karya arca ini telah dihasilkan oleh Bayu Otomo Radjikin seorang
artis yang berasal dari sabah. Arca ini diberikan tajuk bujang berani yang
telah dihasilkan pada tahun 1991. Telah dihasilkan menggunakan media besi
campuran. Pengkarya telah menghasilkan arca ini dengan saiz berukuran
100x100x55cm.
Dari segi diskripsi, karya ini dihasilkan berbentuk
figura seorang pahlawan yang gagah
berani. Hal ini adalah berdasarkan baju dan terdapat perhiasan pada kepala
figura tersebut. Reaksi pada wajah figura tersebut memperlihatkan seperti
sedang menahan kesakitan sesuatu. Mimic muka itu juga kelihatan seperti
seseorang sedang menjerit meluahkan segala yang terpendam di dalam hati.
Dari segi analisis pula karya
tersebut dihasilkan dengan amat teliti sehingga berjaya menimbulkan
struktur-struktur pada wajah seperti mata, hidung dan mulut. Garapan pengkarya
ini banyak menggunakan unsur-unsur seni seperti jalinan dan garisan. Pada
setiap sudut arca ini banyak menunjukkan garisan garisan yang memperliatkan
penegasan yang jelas. Selain itu pada bahagian tengah arca ini juga
menggunakaan unsur rupa yang diolah dan di gabungkan untuk menghasilkan
bentuk-bentuk yang dikehendaki
Dari sudut interpretasi ialah
karya tersebut amat menarik dan struktur pada wajah juga dihasilkan dengan
penuh teliti. Arca ini ingin menyampikan tentang luahan rasa yang dilalui oleh
golongan muda yang hendak suara-suara mereka didengari oleh masyarakat. Mesej
yang hendak disampaaikan ini jelas dilihat pada raut wajah yang terdapat pada
arca ini.
No comments:
Post a Comment